Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Esok :'(

assalamualaikum.. hello people..

hari nie Miss M exam Chemist.. Alhamdulillah i dpt jwb ngn baik.. soalan tuu boleh kata senang jugak laa tapi ada jugak yg i tak dapat jawab.. maen tembak ngn machine gun! :D

esok pulak paper Bio.. ermm.. i hope semuanya lancar besok.. mudah-mudahan soalan senang.. amin..

esok jugak hari last Miss M jadi student SMKT.. sedih nak tinggal kawan2 especially geng 5ST1.. love u alls so much ! i will miss u.. ;'(

kbye with love: Miss M

Peribahasa

Menangguk dalam air keruh

Bermaksud:
Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting, c. Menahan [= memasang] lukah di penggentingan).


Telur di hujung tanduk 

Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya.
Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya. Mereka boleh dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka sperti di hujung tanduk.

Bagai ayam mengeram telur.

Makna: Peri keelokan, merah muka seseorang.

Bagai ayam naik ke surau.

Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda.

Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak mempelawanya minum. Sehinggalah ia membuat keputusan untuk balik, secawan air pun tidak dihidangkan. Keadaan yang dialami oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau.


Bagai …