Skip to main content

Indahnya wanita itu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

‘Dunia adalah perhiasan semata dan sebaik-baik hiasan adalah Wanita Solehah.’ (HR Muslim)

Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah. Indahnya wanita yang tertutup itu.

Sesungguhnya sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pasti keinginan diri untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah.

Gadisku..

Ayuhlah kita sama2 berhijrah. Hijrah dari segi akhlak. Hijrah dari segi penjagaan aurat. Hijrah dari segi pergaulan. Hijrah luaran dan dalaman.

Sudah2 lah kita pakai baju tak cukup kain tu. Tanamkan sifat malu untuk mendedahkan aurat. Malu lelaki ajnabi melihat aurat kita. Lindungi lah aurat kita. Tutupilah ia. Ingat lah aurat kita bukan untuk tontonan umum. Free2 je kita bagi orang lain tengok an. Ya Allah. Murahnya kita. Sedangkan wanita itu mahal. Di mana harga diri kita jika yang wajib dilindung itu kita biarkan ia jadi tontonan?

Sedarlah wahai teman. Dua pertiga drpd kaum hawa menjadi penghuni neraka. Mahukah kita terdiri drpd dua pertiga itu? Fikirkan lah.

Kita sudah sedia maklum, menutup aurat itu wajib. Hukum mendedahkan aurat pula adalah HARAM. BERDOSA. Tak takutkah kita dengan hukuman Allah? Seksa! Terlalu seksa. Perit wahai teman.

Tidak susah pun utk menutup aurat. Oh. Mungkin bagi sesetengah wanita menganggap ia susah. Bukan apa. Terlalu banyak dugaan. Bagi mereka pakai tudung tu panaslah. Sedarlah wahai teman. Ini baru panas dunia, tidak di akhirat lagi. Tetapi percayalah. Jika kita ikhlas dan istiqamah utk menutup aurat, takkan rasa pun panas tu. Sebaliknya kita rasa tenang, sejuk. Jika tidak, takkan la Muslimah2 dekat negara arab tu bertudung labuh, berniqab bagai. Bukankah negara mereka lagi panas dari negara kita? Tetapi bagaimana mereka boleh menutup dengan sedemikian rupa?

Ayuh. Kita perbaiki pemakaian kita. Bertudung lah bagi yang masih belum bertudung. Lindungi rambut mu. Labuhkan tudung mu. Labuhkan pakaian mu. Kan lebih manis. Lebih ayu. Lebih tertutup. Lebih indah.
Bandingkan dua gambar ini. Yang mana jadi pilihan kamu.
 
Mizah pun sedang berusaha utk berhijrah. Sedang berusaha utk menjadi wanita yang solehah. InsyaAllah.
 

Comments