Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Aku Dan Cinta

Assalamualaikum wbt.

Cinta..
Menurut definisi dunia. Cinta adalah seks. Cinta adalah berkucupan. Cinta adalah berpegangan tangan. Cinta adalah berhabisan duit kepada pasangan. Cinta adalah keluar berdua-duaan. Cinta adalah melafaz kata-kata indah berlebih-lebihan. Cinta adalah kemaruk, angau, lalai, alpa. Cinta adalah menggadaikan maruah. Cinta adalah jauh daripada Allah SWT, dan melanggar batas-batasNya.
Astaghfirullah. Begitulah cinta yang dipalitkan dengan definisi dunia. Mungkin suatu ketika dahulu aku tergolong dalam kategori cinta di atas. Cinta yang melafazkan kata-kata indah berlebihan. Cinta yang angau. Ya Rabb. Ampunkanlah segala kejahilanku :’(
Tetapi itu definisi cinta yang aku kenal dahulu. Kini, baru ku sedar definisi cinta yang sebenarnya.
“Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya”.

Aku mengayuh kehidupan mengejar cinta yang sebenar-benar cinta. Membina satu disiplin untuk menjadikan ia luar biasa. Apab…