Skip to main content

Aku Dan Cinta


 
Assalamualaikum wbt.

Cinta..

Menurut definisi dunia. Cinta adalah seks. Cinta adalah berkucupan. Cinta adalah berpegangan tangan. Cinta adalah berhabisan duit kepada pasangan. Cinta adalah keluar berdua-duaan. Cinta adalah melafaz kata-kata indah berlebih-lebihan. Cinta adalah kemaruk, angau, lalai, alpa. Cinta adalah menggadaikan maruah. Cinta adalah jauh daripada Allah SWT, dan melanggar batas-batasNya.
 
Astaghfirullah. Begitulah cinta yang dipalitkan dengan definisi dunia. Mungkin suatu ketika dahulu aku tergolong dalam kategori cinta di atas. Cinta yang melafazkan kata-kata indah berlebihan. Cinta yang angau. Ya Rabb. Ampunkanlah segala kejahilanku :’(

Tetapi itu definisi cinta yang aku kenal dahulu. Kini, baru ku sedar definisi cinta yang sebenarnya.

“Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya”.


Aku mengayuh kehidupan mengejar cinta yang sebenar-benar cinta. Membina satu disiplin untuk menjadikan ia luar biasa. Apabila aku memahami bahawa cinta itu adalah hendak bersama ke syurga, maka aku mula membayangkan perkara-perkara yang boleh membawa ku dan orang yang aku cintai ke syurga Allah SWT. Itu yang aku usahakan.
 
Menambah kebaikan-kebaikan di dalam hidup. Mempergiatkan amalan-amalan yang memberikan pahala dan kebersihan jiwa. Di samping berusaha mempertajamkan adab dan sopan, walaupun mungkin untuk bahagian itu aku masih lemah hingga kini. Ilmu berkenaan agama itu sendiri, aku perhalusi dan dalami. Urusan ibadah itu aku usahakan untuk perkemaskan lagi. Aku berusaha agar emosi tidak mengawal diri, tetapi keimanan adalah apa yang mengawal emosi kita.
 
Dan memahami betapa apa-apa yang melontar ke neraka itu bukan cinta, maka aku mengeraskan diri dari dosa-dosa kepada Allah SWT. Sekiranya ada juga yang aku lakukan, maka aku akan berusaha membersihkan diri dan berusaha menanggalkannya. Sekiranya ada sikap buruk pada diri ku, aku berusaha untuk mencucinya, rasa risau akannya, kerana tidak mahu itu semua membuatkan aku dan orang yang aku cinta dilempar ke neraka. Aku tidak mahu orang yang aku cinta, dilemparkan ke neraka kerana aku.
 
Maka semestinya, couple, kelalaian dan kealpaan kerana cinta, fantasi kotor, dan apa-apa sahaja yang boleh membuatkan aku dan pasangan ku jauh daripada Allah SWT, tidak ku letakkan dalam ‘to do list’. Tetapi ku ‘block’ siap-siap, dan tidak bercita-cita akannya. Kerana apa-apa yang melontar ke neraka itu, bukan cinta pada ku.

Cinta itu fitrah. Tetapi jagalah ia dibawah syariat Islam. Peliharalah ia dibawah keimanan. Cinta itu lebih indah jika diluah selepas akad.


Aku set dari awal kembara ku di atas perjalanan ini, agar cinta ku menjadi cinta yang luar biasa. Yang sederhana, sesuai dengan fitrah manusia yang dibenarkan oleh Islam. Sesuai dengan ruh Islam itu sendiri, yang sederhana dan menyenangkan. Tetapi tidak pula terlalu mudah hingga hilang segala prinsip yang mempertahankan.
 
Maka dengan definisi ini, aku bermula.

"Awak. Saya merayu agar awak memahami hati saya. Sama-samalah kita mengembara mencari cinta yang sebenarnya cinta. Usah dikejar cinta duniawi, sebaliknya kejarlah cinta ukhrawi."

Kita berpisah bukan kerana apa-apa pun, melainkan kerana aku ingin mencari keredaan Ilahi. Bak kata orang tua-tua, takkan lari gunung yang dikejar. Jika sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa kita mempunyai ikatan, InsyaAllah suatu hari nanti kita akan bersatu. Andai sebaliknya, terimalah dengan hati yang terbuka. Kerana aku pasti Allah akan memberikan yang terbaik buatmu.
Percayalah. Bilamana kamu menjaga cintamu hanya untuk Allah dan yang halal. Kamu akan merasa nikmatnya erti bahagia dibawah redha Allah suatu saat nanti.

Comments

  1. Assalamualaikum .. ^.^
    Niena datang nak jemput join GA blog Niena .. Jom join , lebih 20 hadiah untuk dimenangi .. =)
    http://nienasofea.blogspot.com/2012/11/giveaway-1st-anniversary-realiti-bukan.html

    ReplyDelete
  2. Nice sgt3 kata2 awk hamizah.. =)..semoga Allah temukan awak dgn jodoh yang setaraf cm awk.. AMIN.. =)

    ReplyDelete
  3. @Husni Zaim setaraf itu tak perlu. cukup seseorang yg boleh pimpin sy ke jalan Allah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hye . Sila tinggalkan komen anda di sini . Tq :)