Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Coretan untuk dia, sahabat.

Assalamualaikum wbt.

Sahabatku, andai kau tahu betapa dalamnya rinduku padamu sayang. Walaupun perkenalan kita begitu singkat, tetapi aku sayang kamu macam adik aku sendiri. Sahabat, aku sayang kamu kerana Allah. Kerana aku yakin, ukhuwah itu indah jika ianya kerana Allah SWT.

Sahabat, aku tidak tahu sepenuhnya kisah hidup kamu. Tetapi apa yang aku dengar suatu ketika dulu sangat menyedihkan. Sangat mengecewakan. Tetapi aku tidak pernah sesekali menyalahkan dirimu sayang, kerana aku tahu mungkin ada sebab kenapa kamu melakukan itu.

Ya Allah, kau titipkanlah rahmat dan hidayahMu kepada dia. Ya Rabb, kau bukakanlah pintu hatinya agar dia kembali ke jalan yang diredhaiMu ya Allah. Aku sayang dia ya Allah. Kau terimalah taubatnya, sesungguhnya engkau yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sahabatku, aku sentiasan mendoakanmu sayang. Semoga suatu hari nanti kamu kembali ke jalanNya. Mungkin diri kamu sekarang tidak lagi sempurna. Kembalilah kepada Allah. Bertaubatlah. Allah tunggu taubat…