Skip to main content

Foundation in Accounting, UNITEN

Assalamualaikum wbt. Hye reader (s).

Syukur Alhamdulillah hari ni aku dah jadi pelajar tahun 3 Bachelor in Accounting di UNITEN KSHAS. Selama belajar kat sini dah tak menyempat nak uruskan blog. Zaman-zaman foundation dulu boleh lah banyak masa nak melolong sana sini. Hiks!

Korang ingat tak entry aku yang lepas masa aku dapat tawaran belajar kat UNITEN? Mak aih masa tu tuhan je tahu betapa nervous plus excited plus sedih (nak kena tinggal rumah) and plus plus plus lagi lah. Bila ingat balik ahakss lucu!

Awal-awal dulu masa masuk foundation (aku ambil Foundation in Accounting) aku tersangat cuak. Tak confident. Yelah masa kat sekolah dulu mana lah aku pernah ambil subjek akaun tup tup masuk UNITEN belajar perakaunan. Nak kata shock tu nasib baik tak lah. Rupa-rupanya bukan aku sorang je yang tak ada basic akaun yang ambil course ni. Boleh kata half of our batch memang tak ada basic akaun pun. Yayy! Ni yang buatkan semangat aku semakin berkobar-kobar.

Actually, 1 tahun untuk foundation ni ( 3 sem ) tersangatlah singkat. Apa yang aku belajar hanyalah basic/asas yang nak cita kat hangpa apa tu 'akaun', how its work, macam mana nak prepare a simple income statement and balance sheet. Thats all. Tapi kalau nak diikutkan result sem pertama aku ibarat jatuh ke ceruk gaung. Yelah aku datang UINTEN ni pun dengan pengetahuan aku pasal akaun yang memang zero. Tiba-tiba dalam masa tiga bulan (yakni 1 sem) dah final. Mana tak huru-hara aku punya result. But then, I realized. Aku takkan give up. Aku nak buktikan yang budak-budak yang tak ada basic akaun pun boleh jadi professional accountant kelak. Dan Alhamdulillah aku berjaya dapatkan Dean's List untuk kedua-dua sem lepas tu. Terima kasih sangat-sangat kat semua lecturer dan kawan-kawan yang banyak bantu aku masa study last minute (jangan ikut tabiat aku yang ni ok).

Hmm. Teringat pulak kat bekas lecturer aku dulu. Sehari sebelum exam punyalah merayu dekat sir minta ajarkan topik-topik yang kami kurang faham. Alhamdulillah berkat rayuan kami, sir buat kelas malam tu jugak. Nasib baik sempat!



 Dua gambar kat atas ni masa projek kitorang "TABOO CARNIVAL"
And yeahh it is fun babe!


Setelah berperang selama 3 sem, at last aku berjaya tamatkan pengajian aku dalam Foundation in Accounting di UNITEN pusaka tersayang ni (pinjam ayat dalam lirik lagu UNITEN haha). *tepuk tangan*

Comments

  1. is it hard during foundation? saya pun takda basic tpi berminat nak ke arah acc cuma macam takut sbb found. kan laju belajar not like dip.acc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is not quite hard. Depends on kita punya effort actually. Based on pengalaman sendiri, if tak ada basic better ambil foundation. You will learn all the basic of accounting lebih kurang masa SPM je.

      Delete
  2. hai sis!kalau ambil foundation account kat uniten after habis foundation kita boleh mohon u ipta ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye nabila. Utk mohon ke IPTA guna result foundation account uniten tak boleh. IPTS je boleh, and setahu saya MMU, IPTS yang lain tak sure.

      Delete

Post a Comment

Hye . Sila tinggalkan komen anda di sini . Tq :)