Skip to main content

Selamat Tinggal Muka Berjerawat

Assalamualaikum wbt.

Hai. Kat bawah ni saya

 

 

Dulu selalu kena perli. "Eh apa kat dahi kau tu?" "Haha jururawat kat muka!" "Eeeuuu geli nya kat dahi awak tu." Ayat-ayat tu dah sebati dah. Telinga ni kadang sakit jugak nak mendengarnya. Sampai satu tahap orang yang paling rapat dengan saya pun cakap "Eh kau ni memang tak reti jaga muka eh? Tula aku cakap buat niiii tak nak dengar." Hmm. Sentap mak ngahh. Tapi terpaksa kuatkan hati taknak stress-stress. Lagi stress kang lagi bertambah "jururawat" kat muka tu.

Jujur saya cakap, bukan saya tak kisah langsung kat muka saya. Banyak alternatif yang saya cari untuk rawat muka saya ni. Dari rawatan tradisional sampailah rawatan moden. Ada yang cadang letak serbuk kulit kayu manis kat jerawat tu. Dah berbulan amalkan masih tak ada kesan. Dah pernah cuba rawatan kat spa, tapi masih sama. Kadang tu makin teruk.

Kawan ada cadangkan pakai satu jenis produk 'skincare' ni dari oversea. Pada awal penggunaan memang nampak berkesan. Tapi lama kelamaan dahi makin bengkak. Mungkin bahan dalam produk tu tak sesuai dengan kulit muka saya. Sebab kulit muka saya sangattt sensitif.

Dah macam-macam jenis cara dah cuba tapi masih sama. Sampai satu masa mama suruh pergi klinik. (Dah macam sakit teruk dah uwaa) Mula nya tak nak pergi sebab dah tawar hati dah nak rawat muka ni. Tapi setelah dipaksa anak mak ni pun ikut lah jugak. Doktor kata jerawat ni biasa la. Hormon remaja kan. Ohh ada betul nya juga doktor ni cakap. Doktor tu pun bagi lah saya cuba satu gel jerawat ni. 

Duac Once Daily Gel
Alhamdulillah. Dengan izin Allah. Kulit muka saya bertambah baik setelah menggunakan gel tersebut ditambah lagi dengan penjagaan pemakanan yang sesuai. Saya kurangkan makan makanan yang terlampau banyak minyak dan juga minum air secukupnya untuk membuang segala mak nenek toksik dalam badan.

Selain gel jewarat, saya juga tukar pencuci muka saya. Saya cuba cari pencuci muka yang tiada/kurang kandungan kimia dan harga pun mampu milik. Usha punya usha kat Watson tu, akhirnya terbeli lah ...

Liquid Neutrogena Pure Mild Facial Cleanser
Saya dah betul-betul jatuh cinta dengan dua produk ni. Sekarang dah tak dengar dah perlian-perlian yang menyakitkan hati tu. Dahi pun dah tak bengkak macam dulu lagi dah. 





Bukan tak nak cuba rawatan-rawatan muka yang banyak duk iklan kat TV tu, tapi masih belum sampai kemampuan lagi dek non. Tak mampu nak bayar beribu riban hanya untuk muka saja. Hehe. Alhamdulillah dengan dua produk ni pun dah cukup untuk rawat muka den ni. Harga mampu milik dan sangattt tahan lama.

Semoga perkongsian ni bermanfaat kat korang. Dan kalau korang ada apa-apa produk yang korang rasa berkesan jom lah kongsi kat comment box bawah ni. Sharing is caring kan. Love you. Babai :)


Comments