Skip to main content

Hye! It's April

Assalamualaikum wbt and hye.

Sedar tak sedar dah bulan April dah kita. Lagi dua bulan dah nak masuk Ramadhan. Semoga sampai lah ke Ramadhan tahun ni. In Sha Allah. Ni haa ceq nak kongsi dengan hampa suma acah-acah "favorite things" untuk bulan April ni. Haaa excited dak?


Favorite movie/drama

Descendants of the Sun. Drama Korea lagi. Haha. Drama Korea yang baru ditanyangkan di KBS. Kawan-kawan ramai duk suggest suruh tengok cerita ni. Diorang kata best! Sebab ada Joong Ki maybe. Huh! Okay memandangkan semester ni tak banyak kelas dan banyak masa-masa terluang, kita layan lah drama ni okay.


Favorite book


Wahh apa itu henshin? Bunyi macam Jepun je kan. Seperti yang diberitahu oleh blogger Aiman Banna, Henshin bermaksud hijrah atau berubah. Bagi saya kehidupan adalah sebuah perjalanan. Dan setiap perjalanan harus dihiasi dengan penghijrahan. A good start up for my April actually.

Semoga buku ini bermanfaat dan dapat membuka hati saya untuk sentiasa berpegang pada jalan Allah, dengan izin-Nya. Korang boleh usha pasal buku ni kat blog Aiman Banna


Favorite thing



Taraaa! It is a must-have-girls-thing. Saya dah jatuh cinta kali ke berapa entah ni kat benda ni haha sebab saya memang peminat setia lipstick/lipcream. Dan sekarang dah macam jadi trending dah pakai lipcream matte ni. Warna sangat sesuai untuk muslimah di luar sana yang ingin tampil sederhana tapi bergaya. Warna nya tidaklah terlampau menyerlah, dan sesuai untuk apa-apa aktiviti.

Tertarik dengan lipcream yang super fantastic ni? Caranya senang je. Korang buka IG saya @hamizah_zakaria, pilih warna yang melekat kat hati korang, dan whatsapp saya segera. Remember guys, this is a must-have-girls-thing tau tau.


Favorite social media account

 




Ceq ni sebenarnya sangat minat dengan bunga. Hati pun berbunga-bunga bila dapat tengok instagram @aplusa.co ni. Kenapa sweet sangat bunga-bunga yang awak jual ni? Kita dah bunga-bunga cinta dah ni nak nangis dah tengok awak punya bunga uwaaa. Boleh tak bukak kedai awak tak Muadzam ni? Jauh sangat nak pergi JB. Hehe. Takpe takpe usha IG awak pun kita dah lega dah sebab gambar-gambar awak hebat sangat!



Ok dah. Banyak sangat dah 'favorite' nya. Apa korang punya 'favorite things' pulak? Sudi-sudikan lah kongsi di comment box kat bawah ni ok. I share you share. Love  you. Babai :)
Chat Conversation En

Comments