Skip to main content

Apa beza "lipstick", 'lip gloss" dan "lip cream".

Sebagai seorang wanita, korang mesti pernah dengar/terbiasa/familiar dengan produk bibir seperti lipstick, lip gloss atau lip balm kan? Sesetengah wanita mesti sudah dapat hadam dah kegunaan produk-produk bibir tersebut. Tapiiii, jujur saya kata kan masih ramai lagi yang kurang jelas tentang fungsi produk-produk tersebut. Ada yang menganggap lipstick dengan lip gloss tu sama saja! Oppss! Jangan keliru dengan term-term tersebut. Jom kenali perbezaan antara lip balm, lip gloss, lip butter, lipstick, lip cream dan lip liner.

1. Lip balm


Lip balm didatangkan dengan bermacam-macam bentuk, ada yang berbentuk seperti lipstick, ada yang berbentuk krim dan cair. Ia berfungsi untuk merawat bibir yang kering dan pecah dan menjaga kelembapan bibir. Lip balm tidak memiliki warna ketika diaplikasikan.


Bibir merupakan bahagian yang sangat sensitif dan mudah iritasi kerana lapisan kulitnya yang sangat nipis. Oleh itu, bacalah sebaik-baiknya kandungan yang terdapat dalam produk tersebut sebelum membelinya. Sebaiknya, pilihlah lip balm yang memiliki kadar pelembab yang tinggi, mengandungi emollient dan minyak alami. Sekiranya korang sering terdedah dengan cahaya matahari, pilihlah lip balm yang mengandungi SPF yang berfungsi untuk melindungi bibir dari sinar UV.

2. Lip butter



Pada asasnya, lip butter tidak mempunyai banyak perbezaan dengan lip balm. Cumanya, lip butter direka dengan memiliki kandungan minyak yang lebih tinggi berbanding lip balm. Sama seperti lip balm, lip butter juga direka untuk mereka yang memiliki bibir yang kering dan pecah.


3. Lip gloss


Lip gloss mempunyai sedikit persamaan dengan lip balm. Ia mengandungi kandungan minyak yang tinggi. Namun bezanya ialah lip gloss mempunyai pewarna bibir dan memberi kesan berkilau/glossy pada bibir. Ia juga menjaga kelembapan bibir, namun kesannya tidaklah sehebat lip balm atau lip butter. Oleh kerana kandungan minyaknya yang tinggi, ia lebih mudah hilang berbanding lipstick.


Lip gloss didatangkan dengan pelbagai pilihan warna dan efek seperti full color, sheer atau glitter. Banyak juga yang mengaplikasikan lip gloss setelah pengaplikasian lipstick agar kesannya lebih berkilau atau glossy. Namun, bagi sesetengah mereka yang ingin mengekalkan warna natural bibir, pakai lip gloss pun sudah memadai, kerana ia juga mempunyai warna namu tidaklah sehebat lipstick.


4. Lipstick


Lipstick, atau ia juga dikenali sebagai gincu, adalah satu produk bibir yang mempunyai pewarna dan membuat penampilan korang tampak segar. Ia mengandungi lilin, minyak, perwarna dan pelembap. Yang membezakan lipstick dari lip gloss adalah sifatnya yang padat dan kandungan minyaknya yang lebih sedikit. Warnanya juga lebih pekat berbanding lip gloss. Ia juga mempunyai pelbagai efek seperti glossy, matte dan semi-matte. Pada dasarnya, fungsi utama lipstick memang bukan untuk melembabkan bibir melainkan hanya untuk memberi kesan warna pada bibir. Oleh itu, amatlah disarankan untuk mereka yang memiliki bibir kering untuk menggunakan lip balm terlebih dalulu sebelum mengaplikasikan lipstick.

Supaya warnanya tahan lebih lama, korang boleh menggunakan bedak setelah menggunakan lipstick. Namun, untuk korang yang taknak bersusah payah korang boleh je gunakan lipstick jenis matte kerana ianya sangat pigmented dan tahan lebih lama. Lipstick jenis matte juga tidak berkilau dan sesuai untuk tampil natural. Untuk dapatkan liptick semi-matte yang lebih pigmented, boleh cuba Velvet Revolution Lipstick dari Sugarbelle.


5. Lip cream


Lip cream sebenarnya sama dengan lipstick. Yang membezakannya hanyalah bentuknya. Lipstick lebih padat dan kebiasaanya berbentuk silinder, sementara lip cream lebih cair atau creamy. Bahan-bahan dan efek yang ditawarkan adalah sama sahaja dengan lipstick. Namun, lip cream tidak sama dengan lip gloss. Walaupun bentuk bekasnya mungkin sama, namum efek dan fungsinya berbeza. Lip gloss lebih cenderung memberi efek glossy dan mudah hilang dan lip cream pula memberi efek matte ataupun semi-matte seperti lipstick dan ianya lebih tahan lama. Korang boleh cuba Matte Lipcream dari Sugarbelle kerana ia memberi kesan yang lebih matte dan tahan lebih lama. Saya pun menggunakan produk ni dan sangat berpuas hati dengan kesannya.



6. Lip liner


Lip liner biasanya berbentuk seperti pensil dan ia digunakan untuk membingkai bibir sebelum menggunakan produk bibir yang lain seperti lipstick. Ia digunakan di sepanjang garis bibir untuk memberikan kesan yang lebih rapi ketika memakai lipstick atau lipcream.

Hati-hati dengan penggunaan lip liner. Jika tersilap langkah, bahagian dalam bibir mudah luntur dan hilang. Silap hari bulan tinggallah bingkainya saja. Salah satu trik yang boleh digunakan ialah mewarnai bibir seluruhnya dengan lip liner terlebih dahulu, barulah mengaplikasikan lipstick atau lip cream. Selain dapat mengelakkan terjadi belang pada bibir, warnanya juga tahan lebih lama.

Nahh walaupun korang dah tahu perbezaan produk-produk bibir, namun ia bukanlah bermaksud korang wajib menggunakan kesemua produk-produk ni. Menggunakan mekap itu adalah pilihan, bukan kewajipan. Jadi, kalau korang rasa tidak perlu gunakan mekap, then it's okay lah. Paling kurang, korang dah dapat satu ilmu dari entri ni.

Ilmu untuk dikongsi, jadi jangan segan silu untuk share ilmu ni dengan kawan-kawan korang yang lain ye. Kalau korang ada informasi yang lebih menarik, feel free untuk komen pada kotak komen dibawah. Sharing is caring.


Comments

  1. Semua dah pernah try kecuali lip butter.. Lip gloss mmg sejak azali tak minat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sama lah kita. Sebab glossy sangat. Tak selesa bibir. Hehe

      Delete
  2. Reti guna lipbalm dan lipstick je :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak..nk tny,akak ada x tips untk hilangkan bibir dprd bewarna hitam? Adakah pemakaian lip gloss menyebabkan bibir hitam? Mohon pencerahan dr akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Intan. Tq for asking.
      Berkenaan bibir hitam/gelap, berbalik semula pada warna asal bibir. Kalau bibir asalnya mmg dah gelap (faktor genetik), ia mmg susah utk dirawat (contoh mcm saya, bibir sy mmg gelap dari kecil). Adik boleh cuba dgn srub bibir 2-3 kali seminggu utk buang kulit mati pada bibir. Kalau sebaliknya (bibir asalnya cerah dan kemudian gelap setelah pemakaian mana-mana produk bibir), mungkin ia disebabkan oleh kesan alergi dari bahan kosmetik tersebut. Kalau boleh elakkan guna produk bibir yg berkualiti rendah/tiruan sbb ini akan jadi lebih worst.

      Apa-apa pun jika warna bibir asal mmg dah gelap (macam saya), don't pressure yourself too much. Love yourself as much as you can. You still look amazing with your inner beauty.

      Delete
  4. Assalamualaikum akak..nk tny,akak ada x tips untk hilangkan bibir dprd bewarna hitam? Adakah pemakaian lip gloss menyebabkan bibir hitam? Mohon pencerahan dr akak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hye . Sila tinggalkan komen anda di sini . Tq :)