Skip to main content

A month later

"Yayy lima hari lagi"
Ok ni lah dialog pada minggu terakhir internship Miza. Setiap hari asyik counting days je sebab tak sabar nak habiskan intern then bebas *kononnya*. Dan Alhamdulillah finally the countdown end on 23 March lepas.


Habis je internship, kena tunaikan satu lagi tanggungjawab yang terakhir sebagai seorang pelajar, which is completekan report dan submit kat lecturer. Huh! Lega. Nasib baik madam tak banyak tanya masa hantar report tu. Ok tu part yang tak penting sangat. Ada yang lagi excited okayy.

The best part is I boleh jumpa my happy faces aka wajah-wajah kesayangan hamba dekat UNITEN ni. Maklumlah 6 bulan terpisah. Kalau dulu hari-hari jumpa, hari-hari gaduh, hari-hari dapat lepak makan dengan diorang. Siapa tak happy kan?

Tapi nasib tak dapat jumpa semua SAHABAT masa tu. Sebab masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Ada yang datang awal, ada yang datang lewat. Nak jumpa pun kena sorang-sorang. Sedihhh!



And now, I moved to Sabah. Niatnya mencari rezeki disini. Ramai yang tanya, kenapa Sabah? Asal Sabah ke? Tettt! Miza kan ada family dekat sini, tapi bukan asal sini. Family belah mama pindah dan berkembang dekat sini. Dan alang-alang dapat offer kerja dekat sini, cuba jelah kan.

Sejak berkerjaya ni, rutin harian pun berubah. Kalau dulu banyak tido je banyak tengok movie, sekarang tiap hari fikir kerja je. Tanggungjawab pun dah semakin banyak. Tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya boleh belajar untuk jadi lebih matang kann.

A month after I submit my internship report, I got to see this. And this really made my day!


Terus screenshot hantar dekat mama. Ma, tengok la anak ma dah berjaya tamat pengajian. After all the struggle selama 5 tahun ni, nahh ni hadiah buat ma abah. Sekarang tunggu masa untuk offical grad je. Dapat pakai jubah, topi dan pegang scroll. Semoga dipanjangkan umur untuk rasa semua tu. Bukan niat untuk berbangga. Tapi bersyukur dapat juga hadiahkan ma abah sebuah hadiah yang paling bermakna. A lovely present that defines every single thing.

Setiap detik yang kita lalui hari ini adalah sebuah pengalaman berharga dihari kemudian. Setiap pengalaman  yang dianugerahkan ini layak untuk kita syukuri. Kerana... Ini adalah sebuah aturan indah dari Yang Maha Esa - J

Comments