Skip to main content

REVIEW | Silky Girl Matte Junkie Lip Cream

Super affordable matte lipstick!
Jenis produk: Lip cream
Hasil produk: Matte (kering)
Saiz: 5 gram
Harga: RM23.90 (Miza beli RM21.50 masa sale Hermo)
Availability (in store): Watson, Guardian
Availability (online): Hermo, Lazada, Watson/Guardian online

Product claims
This kissproof and transfer resistant lipcolor applies like a liquid lipstick that dries to a matte finish. It stays on your lips through day and night activities requiring minimal touch-ups.
  • Lightweight
  • Fragrance-free
  • Carmine-free
  • Paraben-free and
  • Not tested on animals
Pilihan warna
Ada 9 pilihan warna:
  • 01 Retro
  • 02 Glamour
  • 03 Rebel
  • 04 Vintage
  • 05 Vixen
  • 06 Darling
  • 07 Dolly
  • 08 Artsy
  • 09 Rouge
Pros:
  • Affordable! Dengan harga dibawah RM24, dapat lip cream 5gm (which is more than normal size)
  • Sangat pigmented! Apply sekali pun dah cukup.
  • Kissproof. Seperti yang silkygirl claim, produk ni kissproof & transfer resistant, maksudnya lepas pakai, bila kita minum, tak tinggalkan kesan lipstick kat gelas/straw.
  • Tahan lama. Disebabkan ia kissproof, so ia memang tahan lama kat bibir. Melainkan kalau makan makanan yang berminyak, memang cepat lah habis.
  • Tak smudge & cepat kering pada bibir. Maksudnya bila sapu je kat bibir, tak payah tunggu lama terus jadi matte.
  • Tak rasa berat pada bibir. Kadang tu tak perasan pakai lipstick kat bibir.
Cons:
  • Untuk bibir yang sensitif dan kering, perlu pakai lip balm dulu sebelum pakai lip cream ni.
  • Susah tanggal. So perlu pakai makeup remover or at least wet tissue untuk tanggalkan. But kadang kalau Miza travel dan terlupa bawa wet tissue, Miza lembapkan je bibir dengan air then tonyoh bibir sampai hilang lipstick. Jadi takde lah susah gila nak tanggal cuma tak baguslah kalau asyik tonyoh bibir je kan. Nanti luka bibir!
Pening pilih warna sebab semua cantik! At last, beli warna vintage 04. Sesuai untuk daily makeup.

Nahh ni condition setelah melantak roti canai + teh ais. Masih stay lagi pada bibir.

My rate : 5/5. Recommended!


Comments

  1. singgah sini.. http://duniataipmenaip.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. yeay dapat nice review ! :D dah lama terfikir nak try matte junkie ni tapi takut tak sesuai pula ha . i takut terlalu kering ke rasa berat tak selesa and yang paling taksuka bila lipstick taktahan lama means cepat luntur warnanya . nanti rugi pula kan :( so boleh la try ni hihihi :)

    The Talking Diary

    ReplyDelete

Post a Comment

Hye . Sila tinggalkan komen anda di sini . Tq :)